Thursday, October 04, 2007

Salam semua pengunjung,

Maaf agak lama tak singgah sini,maklum Ramadhan kali ni agak sibuk...Lin pun sempat jumpa kat maljlis buka puasa jer...betul tak Lin?

Sebelum terlupa, saya mewakili MRI ucapkan Syabas buat Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu yang menubuhkan pasukan khas bagi membuka balik fail pembunuhan jururawat di perkarangan Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu yang 'terperam' lebih 2 tahun. Niat kami hanya ingin membantu pihak keluarga miskin yang dibelenggu kesengsaraan akibat kehilangan nyawa anak sulung, pengemudi keluarga yang hingga kini kabur dari sebarang pembelaan. Itu sahaja...

Terima kasih kepada yang sudi menghantar kad raya ... Orkid a.k.a Watie Ariffin, Orkid (Orang sama ke???), Syah , D Ayunie, Terra Rossa (cantik kad, siap ada rumah kampung...)
dan terima kasih jua kepada pengunjung baru yang sudi singgah selain yang senior2 Adiena, Lin dan Fid.

Macamana persiapan raya...biar berpada2 ya...Saya pun baru rancang nak membeli sepasang baju Melayu yang dah siap hujung minggu ni.

Terra, masih ingat budak perempuan tu? Saya pun...harap2 dia sihat.

Pagi tadi saya ke RTM untuk rakam suara latar untuk Diari Pasung...akhirnya.... Saya dimaklumkan setakat ini Diari Pasung bakal disiar Ahad, 1030 mlm di TV1 bermula 28 Oktober ini. Tapi bila saya tengok sikit tadi memang saya takut jugak maklumbalas penonton. Sebenarnya saya kurang selesa dengan penampilan di Diari Pasung tapi saya buat apa yang mampu seperti diminta pengarah. Tujuannya untuk menyalurkan maklumat/aktiviti di penjara dengan sebaiknya.

Siang2 saya bagi tau...ada part saya 'dibogelkan'... tolong tutup mata semua ya ...plsssssss...perut boroi haha

Apa yang boleh dikongsi untuk raya tahun ni ya... tak da apa...cuma luahan sikit la kot...
ada kala kita ada perancangan sendiri, ada kala kita terlalu kecewa dek faktor2 luar kawalan yang tak mengerti, adakala kita rebah dek tekanan yang terlalu, adakala kita perlu menyepi dan pergi...

Akhir sekali , minggu raya ni OneIIOne tawarkan Sarapan Di Mana? sahaja ...MRI beri ruang kepada program Raya. Abby bersarapan dan beraya di sebuah kampung di Gombak... saya cuma sediakan pakej penggali kubur muda dalam Cerita Apa?

Ok sampai sini dulu takut tak sempat...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Hati2 di jalanraya dan jaga diet sepanjang bulan raya.

Terima kasih.


Wan Din.

14 Comments:

Blogger Atashi:- FID DESU said...

Pasong??Mcm manakutkan aje bunyinya...apa2 pun all the best&do the best...ada adegan DIBOGELKAN??censor board luluskan ke??

Baju raya 1 pasang aje?? Terra aje ada 10 ye tak Terra?

WK, tak faham luahan apa yg tersirat & tersurat & apa yg cuba di katakan... apa2 pun rasanya kalau ada berkenan dgn masalah Fid tempoh hari, Fid skr ni ambil pendekatan cuba buat apa yg terdaya oleh diri kita sendiri bagaimana caranya kita cari cara yg kita rasa elok..

Ok bagi semua sekali lagi:
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, maaf zahir & batin, halal kan segala yg tersilap & tersalah, mugkin tahun depan kita tak bersua lagi sapa tau kan....sesungguhnya org yg memberi maaf adalah lebih baik dari yg meminta...

Adiena, Terra, Shah & Lin cuti berapa lama? KF agak 1 migu.. tp kerja yg nak di buat lepas cuti dah di plan oleh MD.. ni lah akibatnya bila kita makan gaji lebih2 lagi dgn bangsa JEPUN alamak mak datuk everytime I have to be better then them rasanya mcm dah tak terkejar.. tp kena kejar juga

11:10 AM  
Blogger Danisha said...

Diari Pasong? Sudah lama menanti siarannya. Lagi best ada sedikit kelainan dengan penampilan baru yang bakal ditampilkan...Tak sabar nih...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf Zahir & Batin....

1:41 PM  
Blogger Orkid said...

Hai Wan n geng blog ni,
Let me be among the first to wish all of u SELAMAT HARI RAYA!
Pandu cermat bile balik raya nanti ye..hhhmmmn ingatla mereka yg tersayang.
Orkid BZ sgt nak dekat2 raya ni, keje bertimbun kat ofis!
Wan,
Berape hari cuti raya ni?
Salam Shawal!!
Always Take Care
Orkid (Watie Ariffin) support Wan Forever.

10:03 AM  
Blogger Muhd Izhar Abu Samah said...

Wan aku terjumpa blog kau ni...ok lah aku akan sentiasa ikut perkembangan kau walaupun kita lama tak jumpa. Call pun kadang kala. Raya ni balik Ganu Tak?

Kesempatan ni aku nak ucap selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.nsya Allah lepas raya kalau ada kelapangan kita jumpa lah kat mana-mana.

ok.

Izhar.

3:21 PM  
Blogger Muhd Izhar Abu Samah said...

Wan aku terjumpa blog kau ni...ok lah aku akan sentiasa ikut perkembangan kau walaupun kita lama tak jumpa. Call pun kadang kala. Raya ni balik Ganu Tak?

Kesempatan ni aku nak ucap selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.nsya Allah lepas raya kalau ada kelapangan kita jumpa lah kat mana-mana.

ok.

Izhar.

3:22 PM  
Blogger terrarosa said...

salam tuk semua ,
alahai pandai sungguh En Wan mengambil ati...
yer lah En Wan, kad tu "meme" cantik...tapi kad Lin lagi cantik... rasanya lebeh mahal dr En Wan punyer.. keh..keh..keh.. nasib arr !!

ala En Wan baju raya saya sehelai jer.. yg 9 tu wat kijer... tahun ni tak dak baju baru ... maklumlah kijer pakai baju kebangsaan... err tudung tak cukup lagi.. main re-cycle jer mana yg ader...

hah ? En Wan sesebut B***L ?
:)
InsyaAllah saya cuba bersama2 En Wan lagi dalam Diari Pasung , memandangkan selama ini saya x dak Astro !

ok lah sekali lagi saya ucapkan selamat Hari raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin

p/s tuk yg berperut boroi tu... jaga diet dibulan syawal :))

4:58 PM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

nak cakap ni... sejak WK buka blog, jd rakan2 semua pun ada blog silalah check blog2 kami semua

11:35 AM  
Blogger miss dadidu said...

assalammualaikum semua,hmm maaf terlambat sikit ucap selamat hari raya maaf zahir batin..bukan apa hati berdebar masa 'boss' saya nak blast off n pastu berdebar punya kuat masa dia nak touchdown sb tersasar..jadi hati risau tak keruan,mintak maaf wahai teman2 andai terlambat saya memberikan ucapan....

smpkan kad raya en wan..saya terlupa nak pos..aduh..dah siap setem...npknya tahun depan la ye en wan..nak anta e card..email tak tahu..

kepada kwn2 dan en wan,maaf andai ada kata terlanjur bahasa,tersilap bicara,gurauan yang menghiris rasa...terutama kpd en wan...atas komen2 yg dahulu...

angkasawan negara saya dah jumpa,malah jadi presiden official fanclub dia...bertahun saya harap nak jumpa en wan tak jumpa2..org yang tak disangka pulak yang ke temu akhirnya...

harap2 en wan..kita akan bertemu walaupun saya dpt tgk dr jauh..

adiena

12:04 AM  
Blogger terrarosa said...

ok , teka teki tuk hari ni...
semalam ader tak Diari Pasung ???

sebab semalam lepas kul 10.30 saya tertidur dengan :

i) remote control ( sebab dok tekan siaran tv1 atau tv2 )

ii) hanset ( sebab dok main SMS gan kak fid... )

ok roger n out
- Terra

8:13 AM  
Blogger Orkid said...

Hai Wan,
Masih bz ye? MRI Ahad lepas cite Misteri kat Klang Gate tu buat naik bulu roma.... Nak sgt tahu apa sebenarnye cerita 'FARA' pd MRI TEAM boleh? Macam mana perasaan Wan masa berada di lokasi yg menyeramkan tu?

10:14 AM  
Blogger Danisha said...

Assalammualaikum...
Tumpang lalu yer...Saya ada tunggu 'Diari Pasung' pada 28 Okt tu tapi macam tak der jer?Hmmnnnn..Macam frust jer sebenarnya....

MRI dengan kisah "Fara" memang agak meremangkan bulu roma.

1:44 PM  
Blogger Azita said...

Salam,
Wan Din n u oals...
Kisah 'FARA' agak menyeramkan..
Bagus sungguh...at least ada jugak program yg semacam ini..
Tahniah!

3:33 PM  
Blogger Atashi:- FID DESU said...

Yah! WK mana ni.... tgh cari dlm crystal ball kat depan ni mana Wk, tp cyrstal ball berkelabu asap... mcm mana ni???

1:07 PM  
Blogger Orkid said...

Dear All,
Orkid nak share Utusan Malaysia Hari ni: Diary Pasung
Menerusi Diari Pasung yang bakal disiarkan setiap Ahad pukul 10.30 malam di RTM 1 bermula 4 November ini, para penonton berpeluang melihat kehidupan sebenar mereka yang berada dalam penjara.

Bersama perantara Wan Kamaruddin Wan Ibrahim yang mengemudi Diari Pasung sebanyak 10 episod, anda berpeluang melihat penjara dalam perspektif yang lebih luas. Diari Pasung digarap sebaik mungkin untuk memberi imej positif kepada Jabatan Penjara dalam mengurus tadbir hukuman kepada pesalah jenayah.
Harap kite semua dapat tonton nanti
Orkid Support Wan Forever

3:40 PM  

Post a Comment

<< Home